Assalamualaikum
Aku suka kasut. Tak tipu aku memang suka kasut. Haha. Aku pun tak sure kasut aku banyak mana. Jap nak kira. *thinking thinking* oh ada 5, kasut sahaja. Tak campur selipar jepun, sandal dan sebagainya. Haha. So basically, aku dah tak perlu kasut. Sebab aku dok pakai pun satu je. Yang lain tu pakai sekali pastu simpan. Oh sangat berbaloi membelinya -.-
Tapi aku bukan nak cakap pasal berapa banyak kasut aku pun. Nak cakap betapa kecilnya hati aku dengan kasut kasut di Malaysia. Tahukah anda mengapa?
Pagi tadi aku pegi AS Mall dengan mak aku. Aku jumpa satu kasut yang comel, lantas aku meminta saiz aku kepada promoter tersebut. Tunggu tunggu tunggu, takde saiz. Okaylah, first choice memang selalu takde saiz. Kfine. Tu kat tingkat atas. Turun pulak tingkat bawah, usha usha usha kasut, ada satu comel. Aku tengok tag dia, saiz 36 ada lagi satu ! Maka hati aku pun berbunga bunga riang. Dengan riaknya aku menyuruh promoter tersebut mengambil saiz aku. Sekeluarnya *ada ke word ni?* beliau daripada stor, beliau membawa berita yang sangat menghiris kalbuku. Saiz habis -.- oh di saat itu terasa ingin membunuh diri. 'Takpe takpe ada selipar polkadot kaler pink tepi tu saiz 5. Rembat iffa rembat', bisik hati kecilku. Agaga dapat selipar !
Petang tu keluar melepak dengan Azilah dan Sam. Punyelah meriah pusing pusing shopping. Last last sampai Pacific. Keluar masuk kedai kasut, aku terlihat ada satu kasut high cut, dia macam boot gak ah aku pun taktau nak describe macamana. Kasut itu seolah olah berada di bawah cahaya spotlight dimana keadaan sekeliling gelap tidak bercahaya. Mata aku dah bersinar sinar. Lalu aku mengambil kasut tersebut, tengok tag, dan SHOOT ! saiz tadek. Dammit !
Maka dengan hati yang mendung serta membawa kesedihan yang besar bak orang mengandung, aku pergi membawa diri ke Food Court. Makan makan makan, aku mendapat satu azam. Aku tak kira aku nak beli jugak kasut tu tak kire dia besar ke kecik ! Determination itu penting ! Hahaha. And at last, aku beli jugak kasut tu, saiz 38. Tapi tak lah besar mana. Maybe sebab cutting dia memang kecik kot.
Conclusionnya, aku ingin menegakkan keadilan bagi insan insan yang sesaiz dengan aku. Mengapa kami perlu bersusah payah mencari kasut? Mengapa tidak dibuat lebih banyak stok kasut saiz kami? Mengapaaaa?! Ini tidak adil tidak adil bagikuuuuuu~
0 comments:
Post a Comment